Sunday, June 20, 2010

BELAGA


My New Blog Klick Here : http://lyick81.blogspot.com/



Mercu Tanda Daerah Belaga


Klinik Belaga


Pejabat Daerah Belaga



Taman Rakreasi Belaga



Pandangan Dari Seberang Sungai Rejang



Pekan Belaga


Pejabat Pos Belaga


Dewan Suarah Daerah Belaga


Perpustakaan Daerah Belaga

SEJARAH DAERAH BELAGA

BELAGA,merupakan sebuah daerah yang terpencil yang terletak di pendalaman Sarawak.Daerah Belaga terdiri daripada penduduk berbilang suku kaum antaranya Kenyah,Kayan,Penan,Punan,Kejaman,Sekapan,Lahanan,Melayu,Ukit,Seping,Iban,Tanjung dan Sihan serta cina.Jumlah penduduk yang mendiami daerah ini dianggarkan seramai 20000 orang.Pertanian merupakan sumber utama ekonomi di sini dan pengangkutan utama pula merupakan jalan air dan diikuti jalan darat yang menghubungkan Daerah Belaga dengan Daerah Bintulu serta Bakun.

Tidak diketahui dengan jelas dari mana Daerah Belaga ini mendapat namanya.Cuma Pendapat umum menyatakan bahawa sebatang sungai yang bernama Batang Belaga, iatu anak sungai Batang Balui, menjadi punca kepada nama daerah ini.Ketika zaman pentadbiran kerajaan Brooke dan seterusnya pentadbiran kolonial Inggeris, Belaga merupakan pekan kecil yang diletak dibawah naungan daerah Kapit.

Pegawai Inggeris dan seterusnya anak tempatan yang berjawatan Native Officer mendapat arahan dari Pegawai Daerah Kapit.Kedudukan ini berterusan sehinggalah pada pertengahan tahun 1970’an dimana statusnya dinaikkan ke taraf daerah penuh.Di dalam menjalankan tugas, pentadbiran berpusat di pekan Belaga dimana pada suatu ketika dahulu Kubu Vyner didirikan.Kubu ini bukan sahaja berfungsi sebagai pejabat kerajaan malah menjadi benteng mempertahankan pekan Belaga dari serangan musuh.Sejarah awal mendapati bahawa memang sudah ujud kaum yang mendiami daerah ini.

Kaum Kajang dikatakan telah mendiami kawasan tebingan sungai hulu batang Rajang dan hilir batang Balui sejak lebih seratus tahun yang lalu.Kaum Penan yang pada mulanya berpindah randah ( hunter gatherers ) mula duduk secara tetap sejak awal tahun 1970’an di kawasan sungai Danum, sungai Linau, sungai Plieran dan long Urun.Kaum Kayan dan Kenyah pula dipercayai berasal dari Apo Kayan, iaitu suatu penempatan yang besar terletak di sungai Mahakam, Kalimantan, Indonesia.Mereka berhijrah ke Belaga menyusuri sungai Balui dan terus menetap disitu sejak pertengahan abad ke 19.

Orang Melayu dan Cina dipercayai datang dari kawasan sekitar Sibu dan berhijrah ke Belaga pada sekitar tahun 1900.Dari corak penghijrahan mereka menentukan pola penempatan kaum-kaum berkenaan.Masyarakat orang Melayu dan Cina mendiami kawasan pekan Belaga, manakala kaum Kayan dan Kenyah tinggal di kiri dan kanan sungai Balui.Kebanyakan kaum Kajang mendiami tebingan sungai di hilir sungai Balui terutamanya di kawasan bawah long Murum (dimana terletaknya projek hidro Bakun).

Dengan adanya corak penempatan sedemikian, maka sebahagian besar daerah Belaga tidak dihuni oleh manusia.Kampung dan rumahpanjang terdapat di kawasan tebingan sungai utama khususnya sungai Balui. Dengan berpindahnya 15 buah rumah panjang ke Skim Penempatan Baru Sungai Asap dari ulu sungai Balui pada pertengahan tahun 1998, maka corak penempatan masyarakat di daerah ini mula berubah ekoran dari pembinaan HEP Bakun dan siap terbinanya lebuhraya Bintulu-Bakun pada pertengahan tahun 2000.

No comments:

Post a Comment