Saturday, June 19, 2010

LUNA MAYA

MenjadiBintang
LUX 2006

LUNA MAYA


Luna Maya lahir dalam keluarga muslim pada 26 0gos 1983.Siapa yang tidak kenal luna maya,artis indonesi yang saban hari namanya meningkat naik dalam popularitinya yang tersendiri,lebih-lebih lagi sekarang ini heboh gosip tentang video klip lucahnya dengan vokalis ahli kumpulan peterpan (Ariel).Walaubagaimana pun luna maya tetap menafikan kesahihan video klip berkenaan ekoran kehadiran tatu berupa kupu-kupu yang ada pada sebelah pinggang sebelah kiri perempuan berkenaan dimana luna maya tidak memiliki tatu sepertimana perempuan dalam klip video tersebut. Kehadiran luna maya dalam dunia seni bermula hanya sebagai model catwalk.Penonjolan luna maya dalam modeling amat terserlah menyebabkan dia terpilih menjadi bintang LUX pada 2006.

Dari dunia model luna maya mula mengembangkan sayap karier seninya dalam dunia perfileman mahupun pelakon drama khususnya di indonesia.Filem pertama lakonannya ialah bertajuk 30 HARI MENCARI CINTA keluaran tahun 2004 memegang watak sampingan sebagai Barbara yang merupakan seorang gadis idola yang cantik dan seksi.Bangsal 13 merupakan filem pertama luna maya memegang watak utama dalam sebuah filem.Namun begitu nama luna maya kian terselah setelah dia membintangi filem CINTA SILVER tambahan gosipnya dengan Ariel vokalis Peterpan.Hubungan mereka berdua kerap kali menimbulkan spekulasi dari kalangan media indonesia.Filem terbarunya berjudul IN THE NAME OF LOVE arahan sutradara Rudy Soedjarwo.

Meskipun seringkali di landa gosip,pernah di cap berstatus porno pada awal 2009,luna maya semakin melebarkan karier seninya menjadi presenter acara muzik dahsyat bersama Olga shahputra dan Raffi Ahmad menguatkan lagi posisinya sebagai artis terlaris sehingga kini.Populariti Luna kian terbukti setelah Luna membuat akaun laman paling populer saat ini iatu Twitter. Hanya dalam masa singkat, Luna maya telah mengumpulkan lebih dari seratus ribu follower. Bahkan masih terus bertambah meskipun akaun tersebut telah ditutup sejak desember lalu. Yang menariknya, akaun Luna maya juga di-follow oleh artis hollywood, Ashton Kutcher.selain dalam dunia hiburan luna maya turut berkecimpung dalam dunia perniagaan dimana dia membuka syarikat Barber Shop New Hair Glory di Jakarta.



No comments:

Post a Comment