Saturday, June 19, 2010

CROCS JENAMA TIRUAN





CONTOH BARANGAN JENAMA CROCS

Dalam beberapa hari ini,kita menyaksikan berita tentang rampasan ribuan barangan jenama tiriuan bernilai ratusan ringgit buatan cina terutamanya jenama CROCS.Gambar di atas merupakan contoh jenama crocs tiriuan yang popular di negara ini yang dijual pada harga murah iaitu sekitar dalam rm20 berbanding harga jenama asli sekitar harga rm140 hingga rm2o9.Di negara kita menjual barangan jenama tiriun boleh dikenakan tidakkan undang-undang dibawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Crocs pada asalnya direka untuk kasut aktiviti luar/bot dan sebagai kasut spa kerana ianya direka tahan gelincir. Ia bermula di Boulder, Colorado pada Julai 2002 apabila George B. Boedecker dan Duke Hanson berhasrat memasarkan kasut yang lain dari yang lain yang direka dan dikeluarkan oleh syarikat Foam Inc.Model pertama Crocs, The Crocs Beach , diperkenalkan kali pertama pada November 2002 di Florida Boat Show .200 pasang habis dijual dalam tempoh 2 hari dan sejak itu fenomena Crocs menular ke seluruh dunia.

Dibawah ini merupakan 7 akta yang dikuatkuasakan oleh bahagian penguatkuasa,kementerian perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna bagi tujuan melindungi pengguna.

Akta-akta Yang DikuatkuasakanPenguatkuasa menguatkuasakan 7 Akta yang dengan aktiviti perdagangan:

  • Akta Kawalan Harga 1946
  • Akta Kawalan Bekalan 1961
  • Akta Timbang dan Sukat 1972
  • Akta Perihal Dagangan 1972
  • Akta Sewa Beli 1967
  • Akta Hakcipta 1987
  • Akta Jualan Langsung 1993

Penguatkuasaan akta-akta yang berkenaan adalah bertujuan untuk melindungi pengguna dan mewujudkan etika perdagangan yang baik dalam negara.

AKTA KAWALAN HARGA 1946

Akta ini dan perundangan-perundangan subsiadiri di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan harga barang- barang adalah berpatutan dalam sebarang keadaan dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli barang-barang.Diantara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini adala:

  • Gagal melabelkan barang-barang yang tersedia bungkus dengan maklumat, nama dan alamat pengeluar atau pengimport, beratan dan kuantiti, jenis kandungan di dalamnya serta nama sebutan sebenar barang itu.
  • Gagal meletakkan tanda harga pada barangan jualan.Gagal meletakkan harga runcit yang disyorkan bagi susu tepung dan minyak masak.

Denda yang boleh dikenakanBagi kesalahan pertama orang perseorangan denda boleh dikenakan sehingga RM 15,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM25,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM25,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM50,000.00.

Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.AKTA KAWALAN BEKALAN 1961Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan bekalan barang-barang perlu mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan dalam setiap keadaan.Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah:

  • Menjual barang kawalan berlebihan daripada keperluan biasa;
  • Menyorok barang kawalan dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan;
  • Memiliki barang kawalan dengan cara tidak sah;
  • Berniaga barang kawalan tanpa lesen;
  • Gagal mempamerkan lesen di tempat yang jelas;
  • Penjualan terus barang kawalan oleh pengilang kepada pengguna yang tidak memiliki surat kuasa;
  • Memiliki barang kawalan melebihi had yang dibenarkan dalam lesen;
  • Membeli barang kawalan daripada orang yang tidak mempunyai lesen;
  • Mengendalikan barang kawalan tanpa menyediakan buku stok;
  • Mengendalikan pengilangan kurang daripada jumlah jam yang ditetapkan dalam lesen;
  • Gagal melaporkan ketidakupayaan pengilangan;
  • Gagal memberitahu Pengawal mengenai pemberhentian pengilangan;
  • Menafikan stok barang-barang kawalan secara palsu;
  • Enggan menjual barang kawalan.

Denda yang boleh dikenakanBagi kesalahan pertama orang perseorangan denda boleh dikenakan sehingga RM 15,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM25,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM25,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM50,000.00.Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.

AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mempastikan segala alat timbang dan sukat untuk kegunaan perdagangan mematuhi spesifikasi Yang ditetapkan dan di samping itu mempastikan bahawa alat-alat timbang dan sukat itu disahkan ketepatan timbangan dan sukatannya.Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :

  • Menggunakan alat-alat unit-unit timbangan dan sukatan selain daripada sistern metrik;
  • Menggunakan alat timbang dan sukat Yang tidak disahkan;
  • Menggunakan alat timbang Yang tidak seimbang;
  • Mengeluar, membaiki atau menjual alat timbang dan sukat Yang diketahui palsu;
  • Berurusniaga tanpa alat timbang dan sukat Yang perlu ada bagi aktiviti perdagangan Yang berkenaan;
  • Memalsukan sijil penentusahan alat timbang dan sukat;
  • Menggunakan sijil palsu sebagai tulen;
  • Membuat, membaiki, menjual alat timbang dan sukat tanpa lesen;
  • Gagal melaporkan kepada Inspektor mengenai alatalat timbang dan sukat Yang tidak boleh dibaiki dalam tempoh 3 hari;
  • Gagal mengeluarkan perakuan pembaikan terhadap alat timbang dan sukat Yang dibaiki;
  • Gagal untuk mengesahkan standard ujian alat timbang dan sukat;
  • Gagal mempamerkan lesen Yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1981.

Denda yang boleh dikenakanBagi kesalahan di bawah Akta ini, denda boleh dikenakan sehingga RM5000.00 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya.Bagi kesalahan-kesalahan Yang boleh dikompaun, jurnlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum Yang diperuntukkan.

AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan melarang penggunaan perihal, pernyataan atau petunjuk palsu atau Yang mengelirukan berhubung dengan barangan, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barang.Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :

  • Menggunakan perihal dagangan palsu dalam perdagangan (umpamanya barang tiruan);
  • Memberi petunjuk palsu mengenai barang-barang, tempat tinggal, kernudahan dan perkhidmatan;
  • Memberi pernyataan Yang mengelirukan mengenai harga barang-barang;
  • Menggunakan perbahasaan "Halal" kepada makanan Yang tidak mematuhi Hukum Syarak;
  • Mengadakan jualan murah tanpa memperolehi kelulusan;
  • Mengadakan jualan murah melebihi tempoh Yang dihadkan;
  • Menjual dengan harga lebih daripada harga jualan murah Yang ditetapkan oleh pembekal;
  • Gagal menunjukkan harga tawaran terda harga tawaran semasa dalam jualan muraMemberi petunjuk palsu mengenai harga dal murah.

Denda yang boleh dikenakan :Bagi kesalahan pertama orang perseorang boleh dikenakan sehingga RM 100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM200,000.00 atau 6 tahun atau kedua-duanya.Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.

AKTA SEWA BELI 1967

Akta ini dan perundangan-perunclangan subsidiari di iya adalah bertujuan untuk mengawalselia bentuk kandungan perjanjian serta menggariskan hak dan tangungjawab pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian sewa beli.Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :

  • Membuat perjanjian sewa beli tanpa mematuhi butiran yang ditetapkan;Membuat perjanjian sewa beli secara tidak bertulis;
  • Tidak mematuhi peraturan deposit minimum;Memberi keterangan palsu (oleh pemunya);
  • Mengalihkan barang-barang sewa beli dari tempat yang ditentukan dalam perjanjian;
  • Melupuskan barang sewa beli secara tipu (oleh penyewa);
  • Menyampaikan notis cadangan menarik balik barangang tanpa mengikut peraturan;
  • Gagal menunjukkan kad pengenalan dan kad kuasa semasa mengambil semula (repossess) barang-barang;
  • Gagal menyelenggarakan buku rekod yang lengkap (oleh pemunya).

Denda yang boleh dikenakanBagi kesalahan di bawah Akta ini, denda boleh dikenakan sehingga RMI0,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya.Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumiah denda maksimurn yang diperuntukkan.

AKTA HAKCIPTA 1987

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk memberi hakcipta kepada karya-karya dan melindungi hak-hak eksklusif tuanpunya hakcipta daripada dicabuli oleh pihak lain.Menjual salinan langgaran karya hakcipta;

  • Menyewa salinan langgaran karya hakcipta;
  • Membuat salinan langgaran karya hakcipta;
  • Mengedar salinan langgaran karya hakcipta;
  • Memiliki salinan langgaran karya hakcipta;
  • Mengimport salinan langgaran karya hakcipta;
  • Mempamerkan salinan langgaran karya hakcipta;
  • Memiliki alat perekaan bagi membuat salinan langgaran untuk perdagangan;* Salinan langgaran adalah salinan cetak rompak.

Denda yang boleh dikenakanBagi kesalahan pertama membuat, menyewa, mengedar, memiliki, mempamerkan, mengimport salinan langgaran denda boleh dikenakan sehingga RM10,000.00 bagi setiap salinan langgaran atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM20,000.00 setiap salinan langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.Bagi kesalahan pertama membuat/memiliki alat perekaan untuk membuat salinan langgaran denda boleh dikenakan sehingga RM20,000.00 bagi setiap salinan langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya clan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM40,000.00 bagi setiap perekaan atau 20 tahun penjara atau kedua-duanya.

AKTA JUALAN LANGSUNG 1993

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mengawalselia aktivitiaktiviti jualan langsung pintu ke pintu dan melalui pos.Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :

  • Menjalankan perniagaanjualan langsung tanpa lesen;
  • Memberi maklumat palsu dalam Man jualan pesanan pos;
  • Menghantarserahkan barang atau perkhidmatan dalarn tempoh bertenang;
  • Menerima apa-apa wang daripada pembeli sebelum habis tempoh bertenang;
  • Memberi maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan;
  • Bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu selain daripada hari-hari dan waktu-waktu yang ditetapkan;
  • Gagal menunjukkan kad pengenalan dan kebenaran masa menjalankan rundingan jualan langsung Pintu pintu;
  • Mengeluarkan kad kebenaran yang mengandungi aklumat palsu;
  • Membuat kontrak tanpa bertulis mengenai jualan ngsung bagi barangan atau perkhidmatan yang bernilai RM300 ke atas.

Denda yang boleh dikenakan:Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda hingga RM100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda hingga RM200,000.00 atau 6 tahun penjara atau kedua-duanya.Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda hingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.

Dipetik dari Risalah 7 Akta Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Penggu

No comments:

Post a Comment