Saturday, June 19, 2010

EMPANGAN BAKUN



My New Blog Klick Here : http://lyick81.blogspot.com/




GAMBAR EMPANGAN BAKUN

BAKUN-Nama bakun sudah tidak asing lagi dikalangan rakyat malaysia khususnya rakyat sarawak.Bakun adalah sebuah empangan hidroelektrik yang sedang dalam proses pembinaan yang merentangi sungai Balui di daerah Belaga Sarawak.Pembinaan Empangan Bakun ini menakibatkan 9,000 penduduk sekitar dipindahkan dari kawasan yang akan ditenggelamkan, Mereka telah ditempatkan semula di kampung rumah panjang Sungai Asap berhampiran Bakun.

Bakun merupakan sebuah empangan yang diliputi konkrit yang merupakan sebuah empangan yang tertinggi di dunia iaitu setinggi 205 meter dari paras laut dan akan menjadi sebuah empangan yang terbesar di Asia selain empangan Three Gorges di china.Bakun juga bakal membentuk tasik buatan manusia yang terbesar kat Malaysia mengikut isi padu dan luas kawasan disamping menjadi penjana elektrik terbesar iaitu mengatasi tasik empangan Pergau di Kelantan.Disamping itu juga,tali atau kable penghantaran bawah laut bakun merupakan yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.

Difahamkan Empangan Bakun apabila siap menjelang 2012 nanti mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 2400 mega wat.Tenaga elektrik yang akan dijanakan akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Rancangan asal ialah untuk menggunakan 30 peratus dari janaannya di Sarawak dan selebihnya disalurkan ke Semenanjung Malaysia. Penghantaran ini memerlukan 660 km talian DC voltan tinggi di Sarawak dan 670 km talian DC voltan tinggi di bawah laut merentasi Laut Cina Selatan.

Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke Grid Elektrik Borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan. Kerja-kerja mengukur tanah telah dimulakan pada tahun 1960-an dan kajian diteruskan pada tahun 1980-an. Kajian merangkumi pelan induk & upayabina, kajian batuan & tanah, kajian janaan hidro, rekabentuk empangan, kajian alam sekitar & socio-ekonomi dan kajian talian penghantar.

Projek ini telah mulakan pada 1986, tetapi dihentikan pada 1990 berdasarkan unjuran merosot kegunaan elektrik disebabkan kemelut ekonomi 1985 dan keputusan membangunkan dahulu industri gas asli. Projek ini diteruskan semula oleh YAB Mahathir Mohamad pada 1993. Pada Januari 1994,projek ini diswastakan kepada Bakun Hydroelectric Corporation, iaitu syarikat usahasama Ekran Berhad,Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Sarawak, Syarikat SESCO Berhad dam Malaysia Mining Corporation Berhad.Bakun Hydroelectric Corporation telah memberi kontrak elektrikal, mekanikal dan penghantaran kepada ABB. Baberapa pakar runding yang terlibat ialah Snowy Mountain Engineering Corporation, TNB Hydro (anak syarikat Tenaga Nasional Berhad) dan KLIA Consult.Projek ini terhenti akibat kemelut ekonomi 1997.

Pada Mei 2000, Kerajaan Malaysia telah mengambil alih projek dengan membeli kepentingan Bakun Hydroelectric Corporation, dan meneruskan projek melalui syarikat milik kerajaan, Sarawak Hidro Sdn Bhd.Hanya pembinaan Empangan Bakun diteruskan dan kerja pembinaan ditawarkan melalui kontrak “turnkey”.Pembinaan talian penghantar bawah laut tidak akan dilaksanakan.Kontraktor baru ialah Malaysia-China Hydro JV Consortium, iaitu syarikat usahasama Sime Engineering Berhad, iaitu anak syarikat Sime Darby Berhad dan Sino-Hydro Corporation dari Cina. Rakan kongsi kecil yang lain adalah WCT Berhad, MTD Capital Berhad, Ahmad Zaki Resources Berhad, Syarikat Ismail Berhad dan Edwards & Sons Berhad. Tarikh siap ditetapkan pada September 2007.

Harga kontrak sivil adalah RM 1.8 billion. Kerja elekromekanikal diberi pada satu kontrak kepada IMPSA dari Argentina dan satu kontrak lagi kepada Alstom dari Perancis.Pada 2004, pakar runding JW Knowles telah diupah untuk mengkaji sebab kelewatan projek.Lain lain jururunding terlibat adalah Snowy Mountain Engineering Corporation dan OPUS International Malaysia.Pada tahun 2003, Gulf International Investment Group (GIIG) telah meletak wang pertaruhan sebanyak RM500 juta, sebagai permulaan ingin membeli 60% projek Empangan Bakun.GIIG adalah syarikat usahasama antara Syed Mokhtar Al-Bukhary, orang kaya dari Malaysia dan Mohamad Ali Al-Abbar, orang kaya dari Dubai.Tujuan pembelian ialah sebagai sumber tenaga elektrik untuk sebuah lagi pelaburan mereka iaitu kilang pelebur aluminium yang akan dibina di Similajau, Sarawak. Rancangan ini tidak diteruskan akibat kelewatan di dalam pembinaan Empangan Bakun.

Di tahun 2006, berikutan kenaikan bahanapi seperti gas asli dan minyak, talian penghantar bawah laut yang yang dahulunya tidak berdaya maju, kini telah dikaji semula untuk dilaksanakan. Tenaga Nasional Berhad telah menyatakan hasrat ingin menggunakan sumber hidroelektrik dari Sarawak menjelang 2012. Berikutan itu, beberapa syarikat telah menunjuk minat dan Sime Darby adalah yang terhadapan dalam usaha mendapatkan kontrak melaksanakan talian penghantar bawah laut ini.Pada November 2006, berita tersebar mengenai pengabungan Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad menjadi sebuah syarikat baru dengan modal berbayar RM 31 billion. Serentak dengan pengabungan tersebut, anak syarikat Sime Darby iaitu Sime Engineering Sdn Bhd akan mengambil alih sebahagian kepentingan kerajaan didalam Sarawak Hidro Sdn Bhd.

Dibawah ini adalah spesifikasi empangan bakun...

SPESIFIKASI EMPANGAN BAKUN:

  • Empangan utamaTinggi 205 m dari tapak ke puncak.
  • Panjang 750 m dari hujung ke hujung.
  • Isipadu 16.71 juta meter padu.
  • Aras puncak ialah 235 m atas aras laut.
  • Aras air maksima ialah 232 m.
  • Aras operasi adalah 228 m maksima dan 195 m minima.
  • Luas takungan permukaan ialah 695 km persegi.
  • kawasan tadahan ialah 14,750 km persegi.
  • Isipadu takungan ialah 43,800 juta meter padu.
  • Tandop – 8 petak dengan 2 pintu tandop setiap petak.
  • Alur limpah – luahan 15,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 8 terowong dengan 8.5 m bukaan rentang.
  • Panjang 760 m setiap satu.
  • Rumah janakuasa di atas tanah, 4 tingkat berukuran 250 m panjang x 48 m lebar x 48 m tinggi.

dipetik dari wikipedia


5 comments:

  1. EMPANGAN YANG SEAKAN SAMA BESAR KAWASAN SINGAPORA... AI JUGA TERBESAR DI ASIA! syabas malaysia!!!! malaysia boleh... semangat 1 MALAYSIA...

    ReplyDelete
  2. tahniah malaysia kerana tidak lama lagi akan menjadi seperti libya dan negara2 yang bergolak kerana pembangunan yang tidak TERANCANG

    ReplyDelete
  3. ape la lugai ni ........negara libya jdi mcm tu sebb us. klw us tak masuk campur tak jdi mcm tu .cuba bro tguk iraq dan afganistan sampai sekarang tak aman2. klw pemimpn kta skrg dan terdahulu takut memgmbil risiko bro tak kan merasa kesenangan sekrg ..... contohnye PLUS klw tak dibuat mgkin nak ke utara terpaksa la naik jalan lama berhari hari la nak smpai sana sama la juga nak keselatan ... tu namanye kumudahan bro ... sama la juga PROTON. dalam asia tengara negara mana yg menpunya jenama kenderaan tempatan tak bukanye malaysia? ... pikir pkir la blik ... walaupun kerata tempatn tak mcm kerata luar negara tpi klw sesorg tu berpendaptn rendah kerata tersebut mampu dimilik bgi org tersebut.... mcm tu la projek Bakun kita tak nampak lagi jgn kita main cakap je ......

    ReplyDelete
  4. hahaha...kalau ikutkan perangcangan asal pembangunnan yang asal memang dirancang dan membawa keuntungan kepada negara namum disebabkan ada masalah dalaman menyebabkan projeck seperti bakun ini tak berjalan di landasan sepertimana yang dirancang...

    ReplyDelete
  5. kami pljr ums dah buat kajian tentang kesan pembinaan empangan bakun ni terhadap penduduk sekitar. kesimpulan kajian, empangan ni memang mendatangkan kebaikan utk ekonomi negara dan taraf hidup penduduk sana. namun, kbanyakan pnduduknya tidak berpuas hati dengan pembinaan empangan trsebut. selain, masalah pampasan, masalah, ekonomi dan cara hdp jga turut berubah sekelip mata. kononnya dgn pmbinaan empangan trsebut, pnduduk akn mnerima pampasan yg berpatutan dan bekalan elektrik yg prcuma utk khidupan harian. namun, smuanya cuma jnji pihak trlibat smata-mata.... the end, mmg empangan ni bawa kbaikan dan jga kburukan...

    ReplyDelete