Friday, June 11, 2010

SEKAPAN PANJANG






My New Blog Klick Here :








GAMBAR ETNIK SUKU KAUM SEKAPAN







RUMAH TEMENGGONG MATU atau lebih dikenali sebagai RUMAH SEKAPAN PANJANG merupakan rumah panjang asal tempat ini.Kawasan ini merupakan kawasan yang di berikan/peruntukan oleh kerajaan negeri untuk etnik suku kaum SEKAPAN.Mereka telah menetap di sini untuk tempoh yang cukup lama iaitu dianggarkan lebih 200 tahun.Kawasan ini mempunyai dua buah penempatan dari suku kaum yang berbeza iaitu dihuni oleh etnik suku kaum sekapan dan kenyah badeng.Kedua-dua buah rumah panjang ini bersebelahan cuma dipisahkan oleh sebatang anak sungai yang di gelar SUNGAI DUNGAN KECIK.
Sekapan pernah memiliki labeliti berstatus TEMENGGONG...Ekoran itulah sebabnya rumah panjang etnik suku kaum sekapan ini dikenali sebagai RUMAH TEMENGGONG MATU.Namun pada hari ini setelah mendiang enik ini meninggal dunia,rumah panjang etnik suku kaum sekapan lebih dikenali sebagai RUMAH SEKAPAN PANJANG sahaja.KENAPA....???saya pun kurang pasti.Meskipun demikian, etnik sekapan turut mendiami satu lagi rumah panjang yang dikenali sebagai SEKAPAN PIIT.Apa yang membezakan kedua-dua rumah panjang etnik suku kaum sekapan ini ialah jumlah ahli penduduk rumah panjang yang mendiaminya.Dimana penduduk sekapan piit memiliki jumlah penduduk yang sedikit.disamping itu juga,cara pertuturan dan penggunaan bahasa agak sedikit berbeza.
Bebalik pada status kenyah BADENG iaitu penempatan rumah panjang suku kaum kenyah yang diberi nama LONG DUNGAN.Rumah panjang suku kaum kenyah terletak jauh sedikit daripada sekolah,manakala rumah panjang sekapan panjang bersebelahan dengan sekolah.Disamping itu juga terdapat etnik suku kaum SIHAN dimana penempatan mereka berada di seberang sungai Batang Rejang.Pernah suatu ketika iaitu sekitar tahun 1988 berlaku perbalahan antara suku kaum SEKAPAN dengan KENYAH,tapi kini kedua-dua suku kaum ini hidup aman damai(maklumlah 1 malaysia...ha..ha..ha..) Kini suku kaum kenyah yang berada di Long Dungan tinggal separuh,selebihnya telah berpindah ke penempatan baru di KAKUS(BINTULU)
Suku kaum sekapan telah diberikan sebuah sekolah rendah oleh Kementerian Pendidikan iaitu sekolah yang diberi nama (SRK AIRPORT) yang mana masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini.Sekapan Panjang juga teleh diberikan projek oleh kerajaan negeri untuk membaik pulih rumah panjang mereka kepada sebuah rumah panjang yang cukup cantik dengan kawasan yang diratakan.sekarang proses pembinaan rumah panjang baru hampir siap sepenuhnya.Sekapan merupakan suku tergolong dalam suku kaum KAJANG dan memiliki tutur bahasa yang hampir sama dengan MELANAU,LAHANAN,KEJAMAN dan orang PUNAN.
Secara umumnya,mejoriti etnik sekapan panjang menganuti agama KRISTIAN(SIB).Sungguhpun begitu ada diantara etnik ini menganuti agama lain seperti BUNGA dan ISLAM.Ekoran itulah pihak kerajaan negeri telah memperuntukkan sebuah GEREJA dan sebuah SURAU.Etnik suku kaum sekapan memperolehi sumber ekonomi hasil daripada bercucuk tanam,penternakkan dan menangkap ikan.Kini penduduk yang menghuni rumah panjang ini tak seramai dahulu.Ini ekoran rata-rata anak muda etnik sekapan lebih cenderong berhijrah keluar bandar untuk mencari rezeki mahupun melanjutkan pelajaran,terutamanya selangor dan johor.Cuma sekali sekala mereka balik ke rumah panjang halaman terutamanya pada bulan JUN dan DISEMBER sempena hari gawai dan hari krismas.
Untuk pengetahuan umum...dipercayai etnik suku kaum sekapan pada dulunya adalah terdiri daripada PAHLAWAN atau dalam bahasa sekapannya (LAKIN) dan terkenal di antara suku-suku kaum di BELAGA khususnya.Namun disebabkan oleh ketidakstabilan taraf sosial dan hidup masyarakat pada ketika itu,orang-orang sekapan mulai tenggelam dan kini etnik sekapan terdiri daripada suku minoriti sahaja.Masyarakat sekapan telah menyedari akan fenomena ini dan sangat-sangat mengharap kebijaksanaan ketua rumah panjang(toa levauk)iaitu Encik Among Matu untuk merangka strategi yang lebih baik dan berkesan bagi memantapkan kembali kredibiliti SEKAPAN di daerah belaga.
Disamping itu juga,kesan sejarah peninggalan RAJA-RAJA sekapan terdahulu boleh dilihat dengan jelas di MUZIUM NEGARA KUALA LUMPUR.Ia merupakan dua buah KELIRING yang tersenggam indah pada pintu masuk muzium berkenan.Tertera di situ tulisan dan perkataan SEKAPAN dan PUNAN yang mana ia dengan jelas menunjukkan yang hasil kerja orang sekapan terdahulu disegani dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi disamping memiliki seni pertukanggan yang tinggi dan diiktiraf.Mengikut kisahnya,proses kerja membawa dua buah keliring tersebut dari rumah panjang sekapan panjang adalah terlalu rumit disebabkan ketiadaan pengangkutan yang sesuai.Mereka dipercayai menggunakan perahu besar untuk memungahnya ke SIBU.Sementara di sibu pihak kerajaan mengambil alih kerja-kerja mengangkut untu dibawa ke KUALA LUMPUR.

1 comment:

  1. Pembetulan di sini. Tanah yang didiami oleh etnik Sekapan ini bukanlah diberi oleh kerajaan negeri akan tetapi merupakan tempat tinggal asal etnik Sekapan semenjak belum terbentuknya Kerajaan negeri lagi. Oleh yang demikian pemimpin teragung Sekapan yang dikenali sebagai legenda Matu Puso merupakan orang bangsawan yang kemudiannya digelar sebagai Temenggong Matu selepas terbentuknya kerajaan negeri.

    ReplyDelete